Saturday, August 2, 2008

"Tak Mboh Doh!"

Aku tidak pasti untuk samada perlu mengkategorikan ayahku sebagai garang atau tegas, tetapi yang penting aku selalu disakitinya secara fizikal sewaktu aku kecil-kecil dulu. Bukan sahaja aku, malah adik-beradikku yang lain-lain lagi, lebih-lebih lagi abang-abang dan kakak-kakakku yang lahir lebih awal itu. Walaupun aku tidak pernah menyaksikan bagaimana mereka dipukul tapi aku selalu mendengar cerita-cerita mereka, malah jika kami berkumpul di malam hari raya kami dengan asyiknya bertukar cerita-cerita tersebut sambil ayah duduk di suatu sudut memberikan reaksi yang tidak berperasaan, kadang-kadang tersenyum hambar.

Biasanya kami akan dihukum apabila melakukan beberapa kesalahan yang mungkin diletakkan dalam kategori kesalah serius oleh ayahku. Antara kesalahan tersebut adalah tidak mengaji Qur'an, pulang selepas waktu Maghrib, bergaduh, menggunakan perkataan tidak elok (mencarut), melawan cakap ibu, membuli adik yang lebih kecil, dan sebagainya. Kami adik-beradik belajar Qur'an di rumah sendiri diajar oleh ibu dan ayah, jika ada yang tertidur sewaktu mengaji biasanya penyapu lidi akan singgah ke muka atau badan.

Aku pernah berdarah mulut kerana ditampar dan ditumbuk, dijolok-jolok dengan batang penyapu sehingga ke bawah katil lalu teresak-esak dan tertidur di bawah katil, disepak-sepak, dan sebagainya. Kerana tidak menutup saji kepala aku dihantuk ke dinding, kerana bergaduh kepala kami dihantuk-hantukkan sesama sendiri. Kakakku pernah bercerita dia disepak-sepak sehingga terguling-terguling dan tercampak ke bawah katil menyalai ibu yang dalam pantang bersalin, di bawah katil itu terdapat satu dapur arang yang digunakan untuk menghangatkan ibu yang bertungku. Abang aku pernah menunjukkan parut di dahinya yang terhasil melalui pukulan dengan menggunakan lampu suluh.

Aku pernah "dibuang" ke tanah (rumah kami di atas tiang-tiang) melalui jendela kerana menangis pada waktu tengah malam, waktu itu aku belum bersekolah, tapi aku sudah mampu mengingati peristiwa itu. Aku pun sudah lupa sebab aku menangis, tetapi setelah ibu membawaku masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur ibu bertanyakan aku apa yang aku mahu, aku menjawab "nak minum air limau nipis". Aku tidak tahu apa yang aku fikir, tetapi ibu telah menyediakannya.

Pernah kami terpaksa tidur di luar, atas lambur sebelah dapur kerana balik selepas Maghrib. Ayah sungguh marah dan kami tidak dibenarkan masuk. Lalu tidur dengan nyamuk-nyamuk dan kesejukan yang menggigit sehinggakan merengkok badan kami melawannya. Biasanya ibu akan datang secara perlahan-lahan membuka pintu, menyuruh kami basuh kaki dan masuk ke dalam rumah, atau setidak-tidaknya dia akan menyelimutkan kami sewaktu kami nyenyak tidur.

Pada kebanyakan waktu, ibu adalah penyelamat jika ayah sudah hilang kawalan. Sekurang-kurangnya pada waktu itu aku rasa ibu adalah manusia yang paling baik, penyayang dan berperikemanusiaan, dia seakan-akan malaikat.

7 comments:

Ummi Wafa said...

Syahdunya....;)
bila dikenang2 kembali suka duka zaman kanak2 ada manisnya... tp mak kite lebih bekeng(garang) dr ayah kite... huhuhu... seumur hidup kite(ingat2 lupa laa) ayah tak pernah jentik pun... kalu mak kite ada laa, kalu xmboh g ngaji, dok dengor kate, lwn cakap abg n kakak(biase laa anok bungsu..heheh)semoga anak2 kite menjadi anak yg soleh & solehah

narumi hayashida said...

Tak Mboh Doh...budak-budak masa tu, kata aje tak mboh doh, bukannya reti serik pun.Tertarik dengan artikel saudara yang ini.Saya dan abang antara generasi awal yang merasa sokmo kena 'penangan' ayah, lebih-lebih lagi abang. Masih ingat fiil saya yang meragam malam-malam, sampai kena piat dengan lidi, termasuk selumbarnya dalam tangan. Mungkin anak-anak yang awal dididik begitu satu masa dulu agar lebih taat, masalahnya adakah ia masih relevan sekarang? saya semacam kurang pasti.Kadang2 parents yang terlalu garang akan menyebabkan anak-anak kurang rapat dengannya. Memadailah dengan tegas dan pengasih, insyaALLAH, mereka akan mendengar kata...

wszuriati said...

jgn lupa, kerana sikap bapak kita yang garang itulah geng2 kita khatam dan boleh bc quran dgn sedikit baik, tak mcm budak yang 2,3 orang ke bwh tu...koq kaq-kok kaq kalau mengaji..lagi satu kalau yang perempuan semuanya cekap kalau bab masak memasak nih...semuanya kerana disiplin mak bapak kita yang tinggi. Garang tu memanglah..

Dabir Remaja said...

Ye betul 2....
Ibu ialah ibarat malaikat....
Banyak pengalaman yang ditempuhi oleh saudara.....
best2 belake cerite....

wanahaf said...

sape hok koq-kaq koq-kaq tu?
cube goyak sket?

JokerWalk said...

saya bersyukur dan b'trima kaseh pda ayah n mak kerna ketegasan mreka mendidik anak2 nya,alhmdulillah ank2 mreka tahu cmner hndak b'dikari wlaupun x mnjdi org kya rya n ternama tp ank2 mreka tetap setia dgn mereka..

NenekPenne said...

untuk menjadikan kita seorang manusia yang berguna satu hari nanti....

selalunya ayah akan garang dan ibu adalah penyayang..satu kombinasi yang menarik..