Saturday, August 2, 2008

Memori Sekolah Rendah

Pada masa aku dalam darjah dua aku berasakan cikgu Rosmawati sungguh baik dan mulia hatinya kerana kadang-kadang dia memberikan aku 20sen kepadaku untuk dibelanjakan di kantin sekolah. Mungkin kerana dia tahu aku kadang-kadang tidak punya sen untuk dibelanjakan.

Cikgu Wan Ibrahim, orang Kelantan adalah seorang guru yang sangat baik dan berdedikasi. Dia mengajar dengan sungguh ikhlas. Suatu hari semasa aku dalam darjah 3 dia memarahi aku kerana membuka bekal nasi lemak dalam kelas dan bau sambal tumis udang masakan ibuku itu menusuk ke hidungnya dan mungkin mengganggu kosentrasinya. Bukan aku sengaja hendak membuka penutup tupperware itu, tetapi kawan aku sangat teringin untuk melihat rupa nasi lemak yang aku bawa. Tetapi selepas habis kelas itu, dia datang dan meminta maaf padaku dan berkata nasi lemak aku itu tentu sedap rasanya. Aku diam sahaja. Semua orang di sekolah serta orang Kampung Bari Besar dan Bari Kecil suka pada Cikgu Wan Ibrahim.

Cikgu Jahidi yang berasal daripada Langkawi adalah seorang guru yang sangat kreatif dan rajin. Dia mengajar Bahasa Melayu dan sangat suka mengadakan pelbagai aktiviti yang sungguh menyeronokkan. Dia menyuruh kami membawakan tanah liat dan kami membuat lesung sambal, kayu dari dahan pokok celagi dan kami sama-sama menghasilkan rantai kunci yang cantik.

Semasa darjah 2, ada seorang murid perempuan yang cantik, anak kepada jururawat desa di kampung kami. Suatu hari dia memberikan aku duit 50sen, katanya emaknya menyuruh dia berikan kepada aku. Aku mengambilnya. Di suatu hari yang lain dia mengadu kepada cikgu Asma' bahawa aku telah mencarut dan cikgu Asma' telah datang kepadaku dan memulas perutku. Ianya sangat menyakitkan dan aku terus membenci budak perempuan itu dan cikgu Asma' untuk beberapa ketika.

2 comments:

Unknown said...

Wah.. bagus sekali ingatan tuan pada cikgu dan cikgi sekolah rendah.. tak kontek derang laei ker?.. sape ekk cikgu & cikgi kite...ingat2 cikgu azam, norhayati, redzuan, zaki, eh ramai laei laa...tuan mmg tak ingat or x kenal coz kite sekolah rendah x sama..huhuhu.. tp kenangan ngan derang lupa daa..

Anonymous said...

Anak kak zah ke yang dimaksudkan tu? hehe

Saya juga kagum dengan ingatan penulis.. Tetapi perkara yang saya tidak pernah lupa, saya suka menyibuk di kelas tambahan penulis ketika saya berumur 9 thn dan penulis berumur 12 thn..

Rohani..