Friday, June 13, 2008

Bekal Ke Sekolah

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bari yang terletak dalam 800 meter dari rumah kami hanya berjalan kaki untuk pergi dan pulang. Kebetulan ayah pun tidak pernah membelikan kami basikal.

Ibu selalu memasak pada awal pagi bagi membolehkan kami bersarapan dan membawa bekal ke sekolah. Jika tidak sempat menyiapkannya sebelum kami pergi ke sekolah, maka ayah akan menghantarnya ke sekolah sebelum masa rehat kami. Aku masih seakan-akan ternampak bayang-bayang ibu yang bangun awal pagi dan menyalakan dapur kayu dan ianya menghasilkan asap-asap yang akan memenuhi seluruh rumah dan dapat dilihat dari bayang-bayang lampu dari dapur. Peristiwa ini hanya sempurna terlakar dalam memori, kerana tak mungkin dapat diceritakan melalui tulisan ringkas ini.

Ibu suka memasak Nasi Goreng, Mihun Goreng, Mee (kuning) Goreng, Nasi Lemak, Roti Sambal, Laksam, Lempeng Nyiur dan Jemput-jemput. Aku sangat gemar pada rasa Roti Sambal ibu yang sangat lembut dan sedap. Jika ibu membuat lebih biasanya aku akan membawa lebih ke sekolah dan menjual kepada kawan-kawan, tapi aku pun sudah lupa berapa harga yang aku letak. Tapi aku juga sangat suka bila ibu membuat Laksam, kerana aku akan turut serta dalam proses membuatnya. Suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan apabila dapat menuangkan cecair tepung ke atas tudung periuk atau bekas loyang leper dan diletakkan dalam periuk kukusan yang sedang panas di atas dapur, apabila sudah masak akan digulungkan dan dipotong-potong sebelum dimakan dengan kuah putih dari santan.

Bekalan makanan yang dibawa ke sekolah yang diisi dalam bekas plastik bertingkat-tingkat hijau muda itu akan kami adik-beradik makan beramai-ramai di bawah suatu pokok yang rendang di belakang kantin. Aku teringin melihat jika pokok itu masih ada di situ. Kadang-kadang di situ jugalah kami bergaduh berebutkan makanan yang sedikit. Sudah namanya budak-budak...

6 comments:

Mawarnafastari said...

mesti comel kamu adik beradik makan di bawah pohon hijau tu..kalaula zaman tu zaman camera digital, pasti ada yang ambil gmbr.. hehe...

teringat pula saya tentang bekalan saya ke sekolah dahulu.. kamu amat beruntung kerana ada orang yg menyediakan bekal ke sekolah..berbeza dgn saya yg hidup di kota, dunia yg penuh kesibukkan.

ibu saya tidak sempat menyediakan bekalan sy ke sekolah.awal2 pagi sudah kena pergi kerja utk elak jem.. heh.. jd ibu tak sempat menyediakan bekalanku ke sekolah..

saya amat cemburu dengan kawan2 yg membawa bekalan dr rumah.pernah satu ketika sy menyediakan bekalan sendiri (roti+milo dan air milo) dan dengan bangganya saya memberitahu kawan2, "mak kite pun buat bekal utk kite!"

heh..

hans said...

thanks 4 the support...
wow,citer zaman kanak2 memang indah...
tingat zaman dulu
hehe3
anyway,now keje or still study?

Artozy said...

aku dengan cerita cinta. pagi ini hati aku terpiuh mengimbau zaman anak-anak.

terima kasih kerana mengingatkan.

hans said...

insyaallah...
nanti bila menulis cerita akan lebih pendek tapi padat..
hehe3
thanks 4 da support...

wszuriati said...

tapi sayangnya pokok besar itu telah ditebang untuk mendirikan sekolah yang baru lagi besar dan cantik.

lil' Munchkin said...

saya amat terpegun membaca nukilan weblog ini.
mengimbau sejarah silam...zaman membesar.

Ya, sebagai anak seorang pegawai kerajaan, sejarah saya mungkin sedikit berlainan...namun, sebagai seorang anak yang dibesarkan dengan adat melayu...saya dapat rasakan keintiman pertalian keluarga yang digambarkan.
sungguh harmoni... :)